- PERATURAN MAKMAL
PERATURAN – PERATURAN AM
- Pelajar dikehendaki MEMPAMERKAN KAD MATRIK di bahagian yang mudah dilihat sepanjang berada di dalam kampus.
- Setiap pelajar DILARANG MEMAKAI PAKAIAN atau AKSESORI yang MELAMBANGKAN SEBARANG PERTUBUHAN atau KUMPULAN tertentu yang boleh mengakibatkan ketenteraman universiti terganggu atau menimbulkan ketidakharmonian dikalangan pelajar-pelajar di dalam kampus, kecuali atas sebab – sebab yang tertentu dan telah mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
- Setiap pelajar DILARANG MEMPAMERKAN SEBARANG UNSUR YANG BERTENTANGAN DENGAN MORAL yang baik atau mengandungi reka bentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau norma yang mulia dan baik.
- Setiap pelajar adalah TERTAKLUK KEPADA SYARAT – SYARAT PAKAIAN YANG DITETAPKAN di bawah peraturan makmal atau mana-mana peraturan di tempat- tempat atau pusat di dalam kampus yang mempunyai peraturannya sendiri.
PAKAIAN PELAJAR
- Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar universiti dengan menunjukan KEKEMASAN, KERAPIAN, KECERIAAN dan KESOPANAN dalam berpakaian.
- Pelajar DIWAJIBKAN BERPAKAIAN SOPAN (baju kemeja, T-berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut) terutama ketika berada di ruang kuliah/makmal/perpustakaan/pejabat, kafetaria dan di luar bilik kediaman.
- Pelajar TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI PENUTUP MUKA, MEMAKAI PAKAIAN YANG KETAT, MEMPAMERKAN SUSUK TUBUH, MENDEDAHKAN TUBUH BADAN DAN MENJOLOK MATA, antaranya adalah seperti berikut :-
- Berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek.
- Berbaju tanpa lengan.
- Berseluar/berskirt ketat/jeans lusuh.
- Berbaju tanpa kolar.
- Berpurdah (menutup sebahagian muka)
- Bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan.
- Pelajar LELAKI tidak dibenarkan berpakaian MENYERUPAI WANITA dan sebaliknya.
- Pelajar DILARANG MEMPAMERKAN “TATOO” di mana-mana tubuh anggota badan.
- Semasa membuat urusan rasmi dan berada di dewan kuliah pelajar TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI TOPI atau BANDANA kecuali semasa aktiviti riadah.
- Semasa menghadiri majlis rasmi universiti, pelajar DIWAJIBKAN BERPAKAIAN FORMAL seperti berkemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (bukan jeans), berkasut atau berpakaian lengkap. Pelajar perempuan DIWAJIBKAN BERBAJU KURUNG atau BERPAKAIAN SOPAN seperti berskirt labuh di bawah paras lutut atau berseluar panjang yang tidak mengikut bentuk tubuh badan.
PERATURAN MAKMAL
- Mahasiswa/siswi dilarang membuat sebarang perubahan terhadap sistem komputer, sebarang proses installasi perisian tanpa kebenaran dari kakitangan makmal dan memuat turun bahan – bahan hiburan.
- Makan dan minum adalah TIDAK DIBENARKAN di dalam makmal.
- Beg, payung, bungkusan dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal. Tempat khas untuk menyimpan barang – barang tersebut disediakan di tepi pintu masuk setiap makmal. Pihak makmal tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan sebarang harta benda.
- Mahasiswa/siswi dikehendaki merekodkan penggunaan makmal di luar waktu amali setiap kali masuk ke makmal.
- Pakej / perisian di dalam komputer adalah hak milik UMT. Mahasiswa/siswi tidak dibenarkan mengolah, mengubah, memuat atau menyalin perisian di dalam komputer.
- Sebarang peralatan dan dokumentasi kepunyaan makmal tidak boleh dibawa keluar dari makmal.
- Mahasiswa/siswi dilarang melayari laman sosial, laman web yang tidak berkaitan dengan pembelajaran di makmal semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
- Jangan membuat bising, bermain, bergurau di dalam makmal.
- Komputer riba tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal KECUALI mendapat kebenaran daripada kakitangan makmal.
- Mahasiswa/siswi dikehendaki membuat laporan segera jika berlaku sebarang kerosakan peralatan komputer kepada kakitangan makmal bertugas.
- Mahasiswa/siswi hendaklah berpakaian kemas mengikut etika berpakaian di UMT. Kakitangan makmal yang bertugas berhak mengarahkan anda meninggalkan makmal jika didapati mengganggu ketenteraman mahasiswa/siswi lain atau berpakaian tidak sopan.
- Pengumuman makmal ditutup akan dibuat 10 minit sebelum waktu kerja tamat dan semua mahasiswa/siswi dikehendaki meninggalkan makmal.
- Sila pastikan brang-barang/dokumen peribadi anda dibawa bersama sebelum meninggalkan makmal. Pihak makmal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan/kecurian milik anda.
- Peraturan ini diwujudkan dengan niat untuk menjaga kepentingan semua mahasiswa/siswi dan membantu pihak makmal menjalankan tugas dengan efisien.
- Mahasiswa/siswi yang melanggar peraturan-peraturan di atas akan diberi amaran dan diminta meninggalkan makmal. Sekiranya arahan itu tidak dipatuhi suis komputer akan dimatikan.
- Mahasiswa/siswi diingatkan bahawa tindakan disiplin boleh diambil oleh Jawatankuasa Disiplin UMT ke atas mana – mana mahasiswa/siswi yang didapati bersalah melanggar peraturan makmal.